Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Gadis buat aksi 'Superman' dikritik pengguna internet
Diterbitkan:  Apr 19, 2016 1:00 PM
Dikemaskini: 8:00 AM

Aksi seorang wanita menunggang sebuah motosikal sambil membuat aksi 'Superman' kini viral di media sosial.

Rakaman video berkenaan yang dimuatnaik sendiri wanita itu di laman Facebooknya, dikongsi lebih 5,000 kali dan mendapat lebih 1,000 komen.

Dalam video hampir dua minit itu, wanita itu menunggang motosikal jenis Yamaha RXZ, dirakam melakukan aksi berbahaya itu di sebatang jalan yang agak sibuk dengan kenderaan.

Wanita itu dilihat menunggang sambil berbaring di atas motosikalnya, sementara seseorang merakam adegan itu dari sebuah kenderaan lain.

Rakaman itu kemudian mendapat pelbagai reaksi dan komen negatif daripada netizen yang rata-ratanya menyifatkan ia bukan sahaja membahayakan nyawa sendiri malah mengancam keselamatan pengguna jalan raya lain.

Antaranya Muhammad Safuan yang mengingatkan wanita itu bahawa aksinya menyalahi undang-undang dan boleh dikenakan tindakan.

"Saya tahu akak hebat, simpan sikit kehebatan tu jadi superwoman. Akak jangan payung sangat nanti surat cinta sampai dari mahkamah bikin onar mahu 5k atau 3 bulan penjara. Ni dikira bukti ni, lagi-lagi bukti kukuh nampak nombor plat bagai," tulisnya.

Achik Hasbullah pula berkata "Satu je nak kata. Kalau betul nak tunjuk bakat kenapa tak guna jalan yang betul.Kena cara orang puji tak kena cara org keji. Lumrah.. bangsa lain pun tak buat benda yang kurang cerdik ni,".

Seorang lagi pengguna Facebook Aina Ichigo pula menyifatkan aksi itu sekadar untuk mendapatkan perhatian dan tidak sesuai dilakukan oleh seorang wanita, selain membahayakan nyawa.

"Kadang-kadang nak dapat perhatian dan pujian malah rasa bangga kerana mampu buat macam tu sebab kebanyakan yang buat begitu cuma lelaki je, ni perempuan pula.

"Nanti bila komen lebih-lebih kata jeles (cemburu). Tak sesuai kaum wanita buat macam ni. Kalau dah tersungkur tiada lagi yang nak dibanggakan. Bahaya dik," ujarnya.

Wanita berkenaan yang menggunakan namanya Angah Ayu di Facebook, bagaimanapun mempertahankan perbuatan berbahaya itu.

"Bukan nak bangga pun, yang kena viral aku. Muka aku, aku yang malu aku bukan kau orang pun. Yang bertudung tu nak lebih-lebih apahal. Kehebatan kau sebenarnyanya di sebalik tudung tu.

"Jangan nak sembang adab dengan aku. Kalau kau pun tak berapa nak betul atas tutup bawah buka, jangan kerja nak jaga tepi kain orang.

Malah katanya, ibu bapanya sendiri tidak pernah menghalang minatnya dan meminta mana-mana individu yang tidak berpuas hati untuk bertemu dengannya.

"Yang mana nak sekolahkan aku tu boleh sangat-sangat mari depan-depan Ipoh tempat aku duduk. Kalau jadi dekat family kau orang baru ada akai..mak bapak aku pun tak pernah halang apa aku buat..sebab mak bapak aku tau aku macam mana," ujarnya.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS