DAP telah bersedia dengan debat antara Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Abdul Rahman Dahlan dan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng yang akan diadakan pada 19 April di TV3.
Setiausaha Organisasi DAP Anthony Loke dalam satu sidang akhbar hari ini berkata tarikh berkenaan dicadangkan oleh setiausaha sulit Abdul Rahman.
Walaupun tarikh 23 dan 24 April juga dicadangkan tetapi DAP tidak bersetuju dengannya kerana pilihan raya negeri Sarawak akan datang.
Syarat tunggal DAP adalah bahawa perbahasan disiarkan secara langsung.
Walaupun Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk seri Salleh Said Keruak berkata Radio Televisyen Malaysia (RTM) bersedia menganjurkan debat itu, menteri itu sendiri berkata bahawa TV3 juga telah menghubunginya berhubung perkara itu.
"Mereka (TV3) minta RTM untuk memberi laluan," kata Loke.
Beliau berkata, adalah sesuai untuk TV3 menjadi tuan rumah perdebatan berkenaan kerana Buletin Utama menjalankan kempen ‘menyerang’ Lim.
"Ia (siaran langsung) mesti pada masa perdana selepas Buletin Utama dan mesti disiarkan secara langsung," kata Loke.
Walau bagaimanapun, sekiranya TV3 tidak dapat untuk menjadi tuan rumah perdebatan itu, DAP katanya akan kembali berunding dengan RTM berhubung persiapan untuk perbahasan berkenaan.