PAC l 1MDB hanya mendapat dokumen yang mengesahkan bahawa Good Star Ltd milik PetroSaudi International enam tahun selepas ia memindahkan AS$700 juta kepada syarikat yang didakwa ada kaitan dengan Jho Low.
Apabila disoal oleh Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) tahun lalu, bekas Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB, Datuk Shahrol Azral Halmi berkata, mereka mengesahkan bahawa PSI memilik Good Star melalui sepucuk surat.
Bagaimanapun, timbalan pengarah audit khas dan penyelidikan di Jabatan Audit Negara, Nadhirah Abdul Wahab, berkata, surat itu bertarikh pada 2015.
"Surat itu bertarikh 2015, tidak bertarikh pada masa pelaburan itu (2009)," Nadhirah dirakam sebagai berkata dalam Laporan PAC dalam Hansard Parlimen pada 11 November 2015.
Bagaimanapun, Shahrol menegaskan bahawa 1MDB telah mengetahui Good Star milik PSI pada 2009, walaupun beliau kelihatan mempunyai masalah untuk mengingati bagaimana mereka mengesahkan seperti mana yang ditunjukkan dalam Hansard.
Pada 2009 1MDB mengalihkan A$700 juta daripada AS$1 bilion bagi bertujuan usaha sama dengan PSI, ke dalam akaun Good Star.
Shahrol berkata arahan untuk memecahkan pembayaran itu datang dari peguam PSI.
Beliau kemudian mempertahankan langkah itu, walaupun ia tidak diluluskan oleh lembaga 1MDB pengarah, dengan memberi analogi membeli rumah.
Katanya, jika dia membeli sebuah rumah dengan harga RM100,000 dan sebagai balasan bagi membayar RM100,000 itu, pemilik akan memberinya hakmilik rumah.
Tetapi, katanya pemilik tersebut boleh memintanya memberi RM70,000 kepadanya, dan RM30,000 lagi kepada pihak lain.
Hasilnya, kata Shahrol, adalah sama di mana beliau masih mendapatkan hakmilik rumah tersebut.
Anggota PAC, termasuk dari BN, nampak seperti tidak menerima penjelasan itu di mana Ahli Parlimen Jasin Ahmad Hamzah bertanya sama ada memecahkan pembayaran itu mungkin melanggar peraturan Bank Negara.
Oktober lalu, Bank Negara telah berkata bahawa ia telah diberi "maklumat yang tidak tepat" oleh 1MDB berkaitan pelaburan asingnya.
Bank pusat itu kemudian membatalkan kelulusan sebelumnya untuk 1MDB memindahkan AS$1.83 bilion ke luar negara dan mengarahkan 1MDB membawa pulang semua dana.