Ahli Parlimen (MP) pembangkang berjalan dari bangunan Parlimen ke ibu pejabat polis di Bukit Aman hari ini bagi membantah penangkapan Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli.
Pada pukul 9.10 pagi, kira-kira lima puluh MP dari Pakatan Harapan dan PAS mula berjalan dan melaungkan, 'Selamatkan Malaysia', 'Bebaskan Rafizi' serta menggesa Najib dan IGP berundur.
Para peserta termasuk Presiden PKR, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail, MP PKR Sungai Petani Datuk Johari Abdul, Ahli Parlimen Gelang Patah Lim Kit Siang, Parti MP AMANAH Shah Alam Khalid Samad, MP Kuala Krai Hatta Ramli dan Ahli Parlimen PAS Pokok Sena Mahfuz Omar.
Selepas 20 minit, mereka tiba dan menyerahkan memorandum kepada pihak polis.
Seorang pegawai polis menerima memorandum itu, tetapi menolak permohonan mereka untuk bertemu dengan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar. [Baca berita penuh]
Sementara itu, dalam sidang media di lobi Parlimen, Ketua Whip PKR Datuk Johari Abdul menggesa supaya Rafizi dibebaskan kerana menganggap penahanan naib presiden PKR itu tidak beretika.
"Kita kesal dengan cara tindakan polis menahan Rafizi secara tidak profesional seolah-olah dia pengganas.
"Kita minta ketua polis negara segera lepaskan anggota parlimen Pandan kerana ia bertentangan dengan etika," katanya.
Anggota parlimen Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar pula melahirkan rasa kesal dengan tindakan pihak polis terhadap setiausaha agung PKR itu kerana dilihat cuba untuk memberi tekana kepada speaker.
Malah beliau juga mempertikaikan tindakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Azalina Othman yang mengeluarkan kenyataan mempertahankan tindakan polis menahan Rafizi.
"Kita kesal dengan tindakan polis kerana seumpama beri nak beri tekanan kepada speaker yang akan membuat ruling untuk bersetuju serta tidak meletakkan kesalahan kepada pihak polis.
"Dan menteri (Azalina) juga dilihat mengatasi speaker kerana mengatakan buat ruling mengatasi speaker," kata Mahfuz.
Laporan tambahan oleh Zulaikha Zukifli.