Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Dr M kata beliau tidak lagi rasa bangga dengan M'sia
Diterbitkan:  Mar 2, 2016 9:44 AM
Dikemaskini: 1:52 AM

Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata beliau tidak lagi merasa bangga dengan Malaysia selepas negara itu dilanda beberapa siri skandal kewangan yang melibatkan penggantinya, Datuk Seri Najib Abdul Razak.

Katanya, sebelum ini apabila beliau pergi ke luar negara, orang bercakap memuji Malaysia.

"Hari ini, jika kita pergi ke luar negara, kita berjumpa dengan orang, apa yang mereka kata ialah 'hey, apa yang berlaku kepada negara anda?

"Dan saya tak rasa bangga kerana saya tidak dapat menjelaskan apa yang berlaku di negara ini," katanya dalam temu bual dengan Bloomberg di Kuala Lumpur pada 25 Februari

Dr Mahathir telah lmenjadi pengkritik lantang Najib, pentadbirannya dan firma dana pelaburan 1MDB yang diilhamkan oleh perdana menteri.

Pada hari Isnin, bekas perdana menteri itu mengumumkan keluar daripada Umno sebagai protes terhadap kepimpinan Najib.

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS