Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Beberapa kedai kopi Cina popular di kalangan orang awam di Kuala Lumpur dan Selangor dikesan menaikkan harga minuman selepas Tahun Baru Cina dua minggu lalu.

Tinjauan Malaysiakini mendapati kenaikan harga antara 10sen hingga 20sen berlaku di kedai-kedai di kawasan Kepong, Sri Damansara, Subang Jaya dan USJ Subang Jaya.

Restoran Wong Soon Kee di Subang Jaya antara yang meletakkan harga minumannya.

Pengurusnya yang hanya mahu dikenali sebagai Chen mendakwa harga serbuk kopi dan daun teh meningkat susulan pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan.

“Kami naikkan harga 10sen.

“Kopi cawan kecil kini berharga RM1.70 berbanding RM1.60 tahun lepas,” katanya sambil menerima wang daripada pekerja yang dibayar oleh pengguna.

Chen berkata beliau tidak menaikkan harga serta merta selepas pelaksanaan GST kerana perniagaan kedai kopi tradisional sedang berdepan persaingan dari kafeteria-kafeteria.

“Kami tangguhkan kenaikan sampai sekarang,” katanya.

Sebuah lagi kedai, Restoran Soon Lee Coffee Shop di Old Town,Petaling Jaya pula menaikkan harga antara 10sen hingga 20sen.

Pengurus kedai, yang hanya mahu dikenali sebagai Lam, berkata teh Cina ais kini berharga 70sen (daripada 60sen sebelum ini), sementara kopi cawan kecil RM1.70 (daripada RM1.60).

“Kami tiada pilihan selain naikkan harga.

“Harga daun teh, Milo, susu dan krimer semuanya naik harga,” katanya.

[Baca berita asal]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS