Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Jurucakap kumpulan G25 Datuk Noor Farida Ariffin menentang undang-undang syariah kerana beliau kecewa dengan ketiadaan tindakan masa lalu, kata Ketua Hakim Syarie Tan Sri Ibrahim Lembut.

“Kita kena tahu bahawa Faridah ni dari G25 ni... orang yang kecewa. Orang yang kecewa semua macam ini.

“Dulu semasa berkhidmat dalam kerajaan tak berani dia cakap benda-benda ni. Apabila dah pencen dah tak ada apa-apa (jawatan) dia cakap denda ini tak kena, itu tak kena, semua tak kena,” katanya yang juga adalah ketua pengarah Jabatan Kehakiman Syariah.

Beliau menjawab soalan daripada kakitangan mahkamah Syariah pada sesi Wacana Ketua Pengarah/Ketua Hakim Syarie Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia di Institut Latihan Islam Malaysia di Bandar Baru Bangi, hari ini.

Pegawai berkenaan menyoal bagaimanakah Jabatan Kehakiman Syariah akan menangani kenyataan oleh Farida dan pihak lain yang mendakwa bahawa undang-undang syariah seperti kes khalwat adalah tidak mengikut perlembagaan.

Farida, pada sidang medianya tahun lalu mencetuskan kontroversi apabila berkata enakmen kesalahan jenayah syariah yang ‘menceroboh ke dalam kehidupan peribadi rakyat’ harus dikaji semula manakala serbuan khalwat oleh pihak berkuasa agama perlu dihentikan.

Kenyataan G25 - kumpulan yang terdiri daripada bekas kakitangan awam kanan - mendorong mufti yang mencadangkan supaya ia dibubarkan manakala dan kumpulan NGO Islam mengutuknya atas dakwaan cuba menggalakan penzinaan.

Dalam maklum balasnya, G25 berkata, gesaannya supaya semakan semula enakmen syariah dibuat adalah demi "menjaga imej dan nama baik Islam".

Selain pelbagai bidasan dari kumpulan Islam, Noor Farida juga menerima ancaman rogol kerana gesaannya supaya serbuan khalwat dihentikan.

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS