"Siapa yang patut tunggu siapa dekat Mahsyar?” begitu soal balas Amran Fans terhadap anak timbalan perdana menteri Datuk Nurulhidayah Ahmad Zahid.
Ini susulan kenyataan Nurulhidayah untuk menunggu pengkritik bapanya di padang mahsyar, selepas akaun Facebook parodi itu mencadangkan beliau bekerja seperti operator pusat khidmat panggilan untuk menyahut cabaran bapanya.
Dalam serangan berterusannya, Amran Fans membangkitkan dakwaan hati rakyat negara ini yang sering disakitkan para menteri.
"Siapa yang patut tunggu sapa dekat Mahsyar? Kami rakyat marhaen yang sering disakitkan hati oleh pak pak menteri ni nak kira macam mana?
"Takut bapak engkau itu saja nanti yang penat nak mencari kami. Kalau takat nak jumpa Amran seorang, di mamak saja sudahlah," kata pengendali akaun parodi popular itu.
Sapa yang patut tunggu sapa dekat Mahsyar ?.Kami rakyat marhaen yang sering disakitkan hati oleh pak pak menteri ni...
Posted by Amran Fans on Monday, 15 February 2016
Setakat berita ini ditulis, Amran Fans mempunyai pengikut besar hampir 900,000 orang.
Bapa Nurulhidayah, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sebelum ini mencabar belia di Malaysia melakukan ' kerja kotor' jika tidak mahu pekerja asing di bawa masuk.
Selepas namanya dibangkitkan, Nurulhidayah kemudian membalas di Instagramnya dengan berkata beliau akan berkenalan "pencipta dan penyampai serta penyebar fitnah terhadapnya. dengan mereka di Padang Mahsyar - merujuk kepada
"Seronok baca komen-komen kau orang ini. Bagus. Sesuai dengan sel-sel otak yang tak berapa nak berhubung tu," sindir Nurulhidayah yang menggunakan akaun @deltanovzulu.
Kerajaan sebelum ini dipalit kontroversi selepas dilapor hendak membawa masuk ramai 1.5 juta pekerja asing daripada Bangladesh.
Kementerian Dalam Negeri tidak berapa lama selepas itu bagaimanapun menjelaskan tiada angka mutlak bagi kemasukan pekerja Bangladesh ke negara ini kerana ia bergantung kepada keperluan sebenar majikan semasa permohonan dibuat.