Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Lebih 200 penumpang pesawat Rayani Air terkandas di Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi selepas penerbangan mereka dibatalkan berikutan pesawat yang hendak digunakan mengalami masalah teknikal.

Penerbangan RN180 menggunakan pesawat Boeing 737 yang dijadualkan ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2) pukul 11.10 pagi ini tidak dibenarkan berlepas selepas kerja-kerja untuk mengatasi masalah itu belum dapat diselesaikan.

Seorang daripada petugas di Pejabat Khidmat Pelanggan Rayani Air di sini memberitahu Bernama , tempoh untuk menyelesaikan masalah teknikal yang dihadapi pesawat itu belum dapat dipastikan lagi.

"Saya difahamkan bahagian kejuruteraan (Rayani Air) masih menunggu alat ganti untuk membaiki kerosakan pesawat berkenaan," kata petugas itu yang enggan mendedahkan namanya.

Menurutnya penumpang yang terjejas telah diberikan pilihan sama ada untuk menggunakan perkhidmatan feri dan bas yang disediakan oleh Rayani Air untuk kembali ke Kuala Lumpur ataupun tambang penerbangan mereka dikembalikan.

-Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS