Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Salleh: Sistem sekarang lebih baik dari penggiliran KM Sabah
Diterbitkan:  Feb 6, 2016 9:53 AM
Dikemaskini: 10:21 AM

Datuk Seri Musa Aman akan melangkah ke tahun ke-13 memegang jawatan ketua menteri (KM) Sabah bulan depan dan menteri persekutuan Datuk Seri Salleh Said Keruak percaya ia adalah sistem yang lebih baik bagi negeri itu berbanding dengan sistem penggiliran jawatan KM seperti sebelumnya.

Sebelum Musa memegang jawatan tersebut pada 2003, jawatan KM Sabah disandang secara bergilir-gilir untuk tempoh dua tahun antara masyarakat bumiputera Islam, bumiputera Kristian dan masyarakat Cina.

Salleh yang menjadi KM Sabah dari tahun 1994 hingga 1996 berkata, tempoh dua tahun itu tidak cukup untuk membawa perubahan yang ketara.

Beliau berkata adalah perkara biasa di kebanyakan negara di mana ketua kerajaan dibenarkan berkhidmat selama sekurang-kurangnya dua penggal, iaitu kira-kira empat hingga lima tahun setiap satu penggal.

Menurutnya, satu penggal diperlukan untuk merancang dan satu penggal lagi untuk melihat hasil perancangan kerana masa diperlukan untuk perancangan itu membawa hasil.

Oleh itu, dalam temubual emel dengan Malaysiakini, Salleh berkata, sistem yang ada sekarang lebih baik kerana tempoh dua tahun tidak cukup.

Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS