Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Mukhriz harap Bashah tak lena masa angkat sumpah
Diterbitkan:  Feb 3, 2016 11:37 AM
Dikemaskini: 5:07 AM

Datuk Seri Mukhriz Mahathir meletakkan jawatan sebagai menteri besar hari ini tetapi sempat meninggalkan pesanan sinis untuk penggantinya Datuk Ahmad Bashah Md Hanapiah.

"Jangan lena masa angkat sumpah,” katanya.

Terdapat serangan di Internet kepada kumpulan anti-Bashah sebelum ini yang cuba menggambarkan timbalan pengerusi Umno Kedah itu sebagai 'kaki tidur'.

Sementara itu, Bashah ketika ditanya wartawan dalam acara berasingan enggan mengulas perkara itu.

"Saya tak mahu komen perkara itu," katanya ringkas.

[VIDEO] Pesan sinis Mukriz pada Bashah: Jangan lena masa angkat sumpah. Ini reaksi Bashah. https://t.co/hjtdyKGnCZ

— Malaysiakini (BM) (@mkini_bm) February 3, 2016

Selepas dua minggu pergolakan politik melanda Kedah, Mukhriz hari ini bersetuju melepaskan jawatannya.

Mukhriz membuat pengumuman itu dalam sidang media di pejabat pentadbiran negeri di Wisma Darul Aman di Alor Setar.

Mukhriz mengumumkan keputusan untuk berundur selepas dimaklumkan oleh Jemaah Pemangku Sultan Kedah bahawa beliau telah hilang keyakinan majoriti ADUN di negeri ini.

Dua puluh satu ADUN BN dan 15 ADUN pembangkang di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah telah menyuarakan pandangan mereka kepada Jemaah Pemangku Sultan Kedah pada hari Isnin dan Selasa lalu.

Pelantikan Ahmad Bashah sebagai menteri besar Kedah yang baru diumumkan dalam satu sidang media khas oleh Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah, Datuk Bakar Din pagi ini.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS