Ketua Hakim Negara Tun Arifin Zakaria hari ini membidas hakim yang percaya bahawa mereka tidak terikat dengan keputusan mahkamah yang lebih tinggi.
Ini, katanya, adalah bertentangan dengan prinsip stare decisis (mengikut duluan) yang diamalkan oleh mahkamah.
"Untuk mengatakan anda tidak terikat oleh keputusan mahkamah yang lebih tinggi adalah tidak beretika.
"Anda mungkin tidak bersetuju dengan keputusan Mahkamah Rayuan atau Mahkamah Persekutuan tetapi anda terikat dengannya," kata Arifin pada persidangan hakim tahunan ke-50 di Kuala Lumpur hari ini.
Beliau berkata, hakim juga tidak seharusnya membuat "kenyataan tidak wajar" berhubung alasan penghakiman, terutamanya di hadapan peguam.
Ini katanya akan memberi cerminan buruk kepada badan kehakiman.