Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
DAP tolak dakwaan dana RM1.2 bilion dari Israel
Diterbitkan:  Jan 2, 2016 12:42 PM
Dikemaskini: 4:44 AM

Lim Kit Siang menjanjikan “harga mahal” di mahkamah untuk pihak di sebalik dakwaan Israel menawarkan RM1.2 bilion kepada DAP sebagai tukaran kepada pangkalan tentera laut di Port Dickson.

Ketua anggota parlimen DAP itu berkata dakwaan itu tidak berasas dan melulu selain melambangkan sikap terdesak dalam politik.

Beliau menjangkakan peguam-peguam DAP akan memulakan tindakan undang-undang dalam tempoh sehari dua lagi.

Beliau bercakap demikian dalam sebuah majlis makan malam politik malam tadi.

Lim tidak menamakan pihak itu tetapi dipercayai merujuk kepada Pengarah Pusat Penyelidikan PAS Dr Mohd Zuhdi Marzuki.

Zuhdi pada 29 Disember membangkitkan dakwaan seorang bekas pegawai khas Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng yang telah tersebar dalam media sejak empat tahun lalu.

Dakwaan itu, katanya, mengancam keselamatan negara dan sensitiviti umat Islam di Malaysia.

Dakwaan tersebut ialah:

Pakar perisikan Israel terlibat melatih G17 (17 orang pakar strategi DAP) yang diketuai oleh pemimpin pusatnya Tony Pua.

Sejak menjawat jawatan ketua menteri, Guan Eng kerap ke Singapura bertemu dengan wakil kedutaan Israel.

DAP ditawarkan dana pilihan raya umum ke-13 sebanyak AS$300 (RM1.29 bilion) juta oleh Israel, dan sebuah pangkalan tentera Israel akan diwujudkan di Port Dickson sebagai balasan jika DAP berjaya menguasai Putrajaya.

[Baca berita asal]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS