ADS
mk-logo
Berita

Ribuan orang dijangka meninggalkan pulau bebas cukai ini menunju tanah besar sempena cuti panjang minggu ini termasuk cuti hari Krismas dan cuti hujung tahun.

Dilaporkan sejak hari Krismas hingga 31 Dis, lebih daripada 10,000 orang dijangka meninggalkan pulau ini dengan kira-kira 5,000 dijangka menggunakan lapangan terbang.

Terminal feri dan bot kini kelihatan begitu sibuk.

Pengarah Jabatan Pelabuhan dan Dermaga Sabah, Labuan, Kapten Abel Ongkunik berkata lebih 10,000 penumpang dijangka berada di tanah besar di Menumbok mulai hari ini hingga 31 Dis menerusi lima buah feri dengan tiga perjalanan setiap hari termasuk perkhidmatan bot laju.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS
ADS
ADS