Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Speaker tolak dakwaan parlimen 'pak turut'
Diterbitkan:  Dec 13, 2015 12:49 PM
Dikemaskini: 4:50 AM

Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia menolak dakwaan bahawa parlimen hanya 'pak turut' kepada kerajaan.

Katanya, jika perkara itu berlaku, mustahil terdapat perdebatan hangat sehingga ke lewat pagi, katanya dalam wawancara dengan The Star .

“Dengan perbahasan hangat, ucapan yang tidak patut dilontarkan dalam parlimen, debat sampai jam empat pagi, kamu boleh kata parlimen rubbber stamp (pak turut)?

“Pada saya, rubber stamp maksudnya tiada perbahasan sama sekali,” katanya.

Terbaru, pembangkang menuduh parlimen menjadi penurut apabila rang undang-undang penting yang diperkenal di saat-saat akhir tanpa notis dan diluluskan selepas perbahasan beberapa jam.

Ini termasuk rang undang-undang Majlis Keselamatan Negara (MKN) yang dibentang dalam sidang sebelum ini yang diluluskan di Dewan Rakyat selepas enam jam perbahasan.

Rang undang-undang itu antara lain, memberi perdana menteri, sebagai pengerusi majlis MKN, kuasa mengisytiharkan mana-mana kawasan sebagai "zon keselamatan" dengan hanya kelulusan anggota majlis itu.

Undang-undang baru ini diperkenalkan ketika kedudukan Datuk Seri Najib Razak selaku perdana menteri terus dicabar pelbagai pihak.

Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) berpandangan rang undang-undang itu bertentangan dengan perlembagaan yang menjamin hak asasi manusia.

[Baca laporan asal]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS