Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Penunggang maut digilis selepas jatuh motosikal
Diterbitkan:  Dec 4, 2015 4:36 PM
Dikemaskini: 8:38 AM

Seorang lelaki yang terjatuh di tengah lebuh raya selepas merempuh belakang sebuah treler maut digilis beberapa kenderaan di Kilometer 219.5 Lebuhraya Utara-Selatan tengah malam tadi.

Ketua Polis Daerah Alor Gajah Supt Mohd Ismail Muhammad Yusuf yang mengesahkan kejadian itu berkata ketika kejadian kira-kira 12.45 tengah malam itu, motosikal yang ditunggang Mohd Shahrul Fitri Ahmad Said, 20, telah melanggar belakang sebuah treler lalu terjatuh di atas jalan.

"Pemandu treler yang berada di lorong kiri dari arah utara menuju ke selatan telah terdengar dentuman di bahagian belakang treler dan mendapati mangsa telah melanggar belakang treler dan terjatuh.

Kemudian sebuah motosikal dari arah sama juga cuba mengelak mangsa lalu terbabas di kiri jalan...mangsa kemudian telah digilis oleh kenderaan yang lalu lalang di situ," katanya.

Beliau berkata mangsa telah meninggal dunia di tempat kejadian dan mayat dibawa ke Hospital Alor Gajah.

Menurutnya, kesemua kenderaan terlibat ditahan bagi pemeriksaan Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (Puspakom) dan kes disiasat dibawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS