Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
‘Orang jahat tangkap Papa ke penjara' - luahan Nurul Hana
Diterbitkan:  Dec 2, 2015 4:00 PM
Dikemaskini: 8:37 AM

Dia hanya berusia enam tahun, ketika anggota polis dengan balaclava menyerbu rumah mereka di Bukit Damansara, Kuala Lumpur pada malam 20 September 1998.

Dicengkam dengan rasa takut, Nurul Hana Anwar menyembunyikan diri di bawah meja. Apabila merayu kepada ibunya untuk memberi penerangan dengan apa yang berlaku, dia diberitahu untuk berdoa dan berpegang kepada Allah.

Keluarganya kemudian memberitahu bahawa ‘orang jahat’ telah mtangkap papa dan menyumbatkan ke dalam penjara.

‘Orang jahat’ yang dimaksudkan itu adalah tidak lain daripada bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang memecat bapanya Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai timbalannya, 18 hari sebelum kejadian hitam dalam hidupnya.

Dalam temu bual yang disiarkan menerusi Public Radio International (PRI) yang berpangkalan di Amerika Syarikat, Nurul Hana, kini 23 tahun dan adalah anak bongsu daripada enam beradik, mengakui kesukaran membesar tanpa bapanya yang meringkuk di dalam penjara.

Beliau telah menulis sebuah buku bertajuk 'Sayang Buat Papa yang dilancarkan pada bulan Ogos lalu.

Dalam buku itu, Nurul Hana menerangkan apa yang terjadi pada malam ayahnya ditangkap.

"Saya dikejutkan oleh bunyi bising dan kekecohan yang membuat saya keliru tetapi ingin tahu. Saya ingin tahu mengapa bunyi bising yang tidak dikenali itu berlaku pada lewat malam itu sedangkan semua orang harus tidur.

"Makcik yang menjaga saya dengan cepat mengunci pintu... Saya lompat keluar dari katil dan dengan cepat membuka pintu. Makcik cuba menghalang saya, tetapi dia sudah terlambat;.. Saya sudah di luar bilik."

Makan bersama

Adapun apa yang mendorong beliau untuk menulis, Nurul Hana berkata, dia mahu dunia untuk melihat bapanya dalam perspektif yang berbeza.

"Tiada siapa yang pernah menerbitkan cerita-cerita tentang ayah dari sudut pandangan keluarga... Orang biasanya melihat beliau sebagai seorang ahli politik. Saya hanya lihat dia sebagai ayah yang dihukum dengan tidak adil. Rakyat tidak pernah lihatnya sebagai seorang bapa atau datuk.

"Mereka tidak tahu bahawa dia mampu mendendangkan lagu-lagu untuk cucunya, atau perkara-perkara kecil seperti, apabila kita makan malam atau makan tengah hari, semua ahli keluarga mesti makan bersama-sama. Terutama pada bulan Ramadan, kami selalu berbuka puasa bersama."

Pada tahun 1999, Anwar telah dihumban ke penjara atas tuduhan meliwat, yang dakwanya direka oleh Dr Mahathir dan konco-konconya. Beliau menghabiskan masa lima tahun di dalam penjara.

Anwar dibebaskan selepas Mahkamah Persekutuan membatalkan sabitan itu, dan Nurul Hana berkata hanya ketika berusia 12 tahun beliau mengetahui sebab ayahnya dipenjara selepas membacanya di akhbar.

"'Apa ini?' Saya berfikir. Saya tidak memberitahu sesiapa kerana saya sepatutnya tidak tahu mengenainya dan saya tidak memberitahu ibu kerana tidak mahu membebankan dia. "

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS