Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Mengapa 13 juruterbang AirAsia jatuh sakit serentak?

KiniBiz l Tanda tanya timbul berhubung mengapa AirAsia Bhd terpaksa menangguh atau membatalkan beberapa penerbangan dari KLIA2 pada Isnin dan semalam yang menyaksikan beratus-ratus penumpang terkandas di terminal kos rendah itu.

Bercakap kepada New Straits Times (NST), pengasas AirAsia dan Ketua Pegawai Eksekutif Tan Sri Tony Fernandes berkata kelewatan dan pembatalan adalah disebabkan oleh sejumlah juruterbang jatuh sakit dengan selesema.

Katanya, terdapat wabak selesema di AirAsia dan 12 juruterbangnya sakit. Jadi, syarikat tidak mempunyai pilihan.

Seorang jurucakap AirAsia kemudian memberitahu Berita Harian , bahawa 13 juruterbang mendakwa mereka tidak sihat.

Dalam satu kenyataan media hari ini, syarikat penerbangan itu mengesahkan bahawa beberapa penerbangan terganggu kerana masalah operasi.

AirAsia, kata kenyataan itu sedang mencarai penyelesaian untuk memastikan semua tetamu menikmati perjalanan yang lancar.

"Semua tetamu yang terjejas telah dimaklumkan dengan sewajarnya dan bantuan sedang disediakan. AirAsia ikhlas memohon maaf atas kesulitan yang berlaku."

Sumber dalaman AirAsia bagaimanapun mendedahkan bahawa 13 juruterbang yang sakit serentak itu bukannya satu kebetulan tetapi sebenarnya satu rancangan untuk menunjukkan rasa tidak puas hati juruterbang kepada pihak pengurusan.

Ramai daripada juruterbang syarikat penerbangan itu dikatakan tidak berpuas hati mengenai keadaan kerja, khususnya berhubung jadual penerbangan yang ketat serta tahap gaji yang tidak setimpal.

"Ramai yang bosan kerja di sini. Jadi banyak ambil cuti sakit untuk membuktikan sesuatu. 13 juruterbang jatuh sakit dan syarikat bakal rebah," kata sumber itu.

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS