Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Dr M: 'Keadilan ditegakkan' dalam kes Khairuddin, Chang

Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menyambut baik keputusan Mahkamah Tinggi bahawa tuduhan sabotaj terhadap Matthias Chang dan Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan bukan kes bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) (Sosma).

"Keadilan telah ditegakkan. Saya berharap (perkara) ini akan terus menjadi pendirian para hakim bahawa mereka akan menjadi neutral bila buat keputusan," kata Dr Mahathir.

Dr Mahathir berada di galeri awam Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur untuk kes tersebut hari ini, bersama isterinya Tun Siti Hasmah Mohamad Ali.

Chang adalah bekas setiausaha politik Dr Mahathir manakala Khairuddin pula bekas naib ketua Umno Batu Kawan.

"Saya sering berfikir tiada kes bawah akta itu (Sosma)," katanya.

Khairuddin dilihat tunduk untuk mencium tangan Dr Mahathir dan Siti Hasman sebagai adat Melayu sewaktu bersalam.

Turut hadir di mahkamah bekas menteri besar Kedah Tan Sri Sanusi Junid.

Mahkamah Tinggi hari ini membenarkan ikan jamin kedua-duanya dan mengarahkan mereka dibicarakan berhubung tuduhan mensabotaj institusi kewangan dan perbankan Malaysia di Mahkamah Sesyen.

Kedua-dua telah ditahan lebih daripada sebulan selepas pihak berkuasa mengkategorikan dakwaan kesalahan sebagai kesalahan keselamatan.

[Baca berita asal]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS