Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Tawfik G25 tak boleh dipercayai, kata Dr Mahathir

Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini menyifatkan ahli Tokoh Melayu Terkemuka (G25) Tawfik Ismail sebagai seorang yang "tidak boleh dipercayai" dan mempunyai "niat jahat".

Katanya, beliau hairan dengan niat Tawfik untuk kumpulan itu berjumpa dengannya sedangkan anak kedua bekas Timbalan Perdana Menteri Tun Dr Ismail Abdul Rahman itu tidak menyukainya.

"Jika dia tak suka saya, saya hairan mengapa mereka (G25) datang jumpa saya. Tentu sekali dia datang dengan niat jahat dan kita tidak boleh mempercayai orang jenis ini.

“Di depan saya, dia sangat baik, seolah-olah menyokong. Tetapi di belakang, ia perkara berbeza," bidas Mahathir.

Dalam temu bual baru-baru ini, Tawfik mendakwa Mahathir dan bekas Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin bertemu dengan G25 bagi mendapatkan sokongan dalam usaha cuba menumbangkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Tetapi Tawfik berkata permintaan kedua-dua mereka ditolak oleh G25, sebuah kumpulan tidak terlibat dalam politik.

Bimbing Najib

Tawfik pada wawancara itu juga mengakui bahawa Najib adalah pemimpin terbaik untuk menerajui negara kerana sifat kesederhaana beliau secara semula jadi.

Dr Mahahir juga mengesahkan beliau mencadangkan penubuhan sebuah majlis yang dianggotai orang yang lebih berumur bagi membimbing perdana menteri dalam menerajui kerajaan.

Katanya, beliau membuat cadangan itu kepada G25, kerana Kabinet mungkin akan memberi lampu hijau berhubung semua keputusan perdana menteri.

"Dalam sistem yang kita ada sekarang, perdana menteri memilih Kabinet sendiri, dan dia memilih orang yang akan menyokong beliau sepanjang masa.

"Dan sudah tentu itu bermaksud, apa saja yang dia lakukan akan diterima baik Kabinet.

"Sebaliknya, sebuah majlis luar yang dilantik orang lain tidak akan bersetuju dengan perdana menteri sepanjang masa. Mereka boleh memberi pendapat mereka.

"Mungkin perdana menteri tidak akan menerimanya, tetapi sekurang-kurangnya dia akan mendengar pendapat lain," kata Mahathir lagi.

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS