Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Ratu England mungkin disaman kerana permata India
Diterbitkan:  Nov 9, 2015 3:24 PM
Dikemaskini: 7:25 AM

GLOBAL Kumpulan pelobi melibatkan ahli perniagaan dan pelakon India mempertimbangkan tindakan undang-undang terhadap Ratu Elizabeth II.

Mereka dilapor menuntut pemulangan permata terkenal di seluruh dunia “ Koh-i-noor ” ke India.

Permata 105 karat itu, Koh-i-noor, bermaksud “gunung cahaya” sebelum ini diperturunkan daripada sebuah dinasti ke dinasti lain di India.

Ia dipercayai dilombong di India hampir 800 tahun lalu sebelum diserahkan kepada istana England semasa era penjajahan British di negara itu.

Ia kini diletakkan di sebuah mahkota dan dipamerkan di Tower of London.

David de Souza, pengasas bersama kumpulan Titos, sedang mencari dana untuk tindakan itu dan sudah mengarahkan peguam mereka di Britain memulakan prosiding di mahkamah tinggi.

“Koh-i-Noor salah satu daripada banyak artifak yang diambil dari India secara meragukan.

“Penjajahan tidak hanya merompak kekayaan rakyat, tetapi merosakkan jiwa negara itu sendiri,” katanya.

Tindakan undang-undang itu kebetulan serentak dengan lawatan Perdana Menteri India Narendra Modi ke United Kingdom minggu ini, yang melibatkan majlis makan tengah hari di Istana Buckingham.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS