Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Hindu Sangam kurang senang iklan Deepavali syarikat arak

Presiden Hindu Sangam Malaysia RS Mohan Shan meluahkan rasa tidak puas hati terhadap iklan sebuah syarikat minuman keras yang mengucapkan selamat Deepavali yang katanya secara tidak langsung menggalakkan orang ramai untuk minum semasa musim perayaan.

Walaupun iklan itu tidak memaparkan sebarang gambar arak, namun katanya, jenama Tiger Beer masih kelihatan dan ini seolah-olah mengingatkan orang ramai supaya ‘meminumnya.’

"Kami cuba didik masyarakat. Pemimpin agama dan NGO kami cuba mendidik masyarakat, jadi kami harap syarikat seumpama ini akan bersama-sama melakukan sesuatu dengan tidak menggalakkan (kita minum).

"Walaupun perniagaan mereka laris dan kita tidak boleh menghentikan tabiat minum semalaman - ini akan ambil proses lama - tetapi pada masa ini, iklan seperti ini tidak baik.

"Kami minta mereka supaya langsung tidak mengiklankan sama sekali," kata Mohan kepada pemberita hari ini.

Deepavali, adalah perayaan Hindu purba yang melambangkan kemenangan mengatasi kejahatan dan akan disambut Selasa minggu depan.

Mohan berkata demikian kepada pemberita sempena kempen Deepavali bebas alkohol di Kuala Lumpur yang dianjurkan oleh Gabungan Unity Pasukan Belia India.

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS