Pemuda Pakatan Harapan hari ini ditubuhkan secara rasmi dan konvensyen pertamanya akan diadakan tahun depan untuk mengetengahkan isu-isu melibatkan orang muda.
Penubuhan itu dibuat selari dengan penubuhan Pakatan Harapan menggabungkan tiga parti, DAP, PKR dan Parti Amanah Negara (AMANAH).
"Kita juga akan tunjukkan tawaran kita kepada anak muda.
“Rakyat nak tahu langkah kita seterusnya," kata Ketua Pemuda PKR Nik Nazmi Nik Ahmad selepas mesyuarat pertama Pemuda Pakatan Harapan.
Maklumat lanjut konvensyen itu belum diumumkan dalam sidang media hari ini.
Ketua Pemuda DAP Teo Kok Seong dan Ketua Pemuda AMANAH Mohd Sany Hamzan turut hadir dalam sidang media itu.