PARLIMEN | Polis telah membuka tiga kertas siasatan terhadap aduan yang dibuat ke atas bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad atas dakwaan menghasut.
Siasatan mengikut Seksyen 500 kanun Keseksaan adalah berikutan dua laporan polis yang diterima di Klang dan satu lagi di balai Jinjang.
Menurut Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dalam jawapan bertulisnya di Parlimen, laporan polis Jinjang yang dibuat ke atas Dr Mahathir telah dihantar ke Pejabat Peguam Negara.
“Kertas siasatan dirujuk kepada Timbalan Pendakwaraya pada 9 Oktober untuk ulasan dan arahan selanjutnya setelah siasatan selesai dijalankan.
"(Dua lagi laporan) akan dirujuk kepada timbalan pendakwa raya untuk semakan dan arahan lanjut selepas penyiasatan selesai," katanya.