Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
'Saya tak keluar sesen pun untuk majlis kahwin anak'

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Zahid Hamidi mendakwa beliau tidak mengeluar satu sen pun untuk majlis perkahwinan anak lelakinya di Indonesia yang menurutnya ia diuruskan oleh bapa mertua anak lelakinya.

Menjawab persoalan yang dibangkitkan oleh penulis Shahbudin Husin dalam tulisannya berhubung lawatan Zahid itu, naib presiden Umno berseloroh berharap Allah memberi balasan pada pihak terbabit jika anak perempuan atau lelakinya berkahwin.

Pada masa yang sama, Zahid mengesahkan bahawa beliau menghadiri majlis perkahwinan itu pada 19 Ogos sewaktu lawatan rasminya ke Indonesia.

"Anak lelaki saya berkahwin dengan gadis Indonesia lebih awal di Kuala Lumpur," katanya kepada pemberita dalam satu sidang media.

Mengetahui tentang lawatan rasmi ke Indonesia, Zahid berkata, besannya merupakan seorang ahli perniagaan yang kemudiannya merancang untuk mengadakan satu majlis perkahwinan di Jakarta.

"Saya tidak membelanjakan sedikitpun wang untuk melayani mana-mana pihak. Majlis itu bukan saya punya, ia dibuat oleh besan saya.

"Saya tidak membelanja wang untuk mana-mana menteri atau tetamu daripada Malaysia bagi menghadiri perkahwinan itu," katanya sambil menolak persoalan Shahbudin bahawa lawatan rasminya kebetulan dengan majlis resepsi itu.

"Mengapa dia tak tanya saya untuk menjelaskan secara terbuka, saya tak salah guna dana awam," katanya.

Shahbudin berkata dipanggil oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) kelmarin untuk memberi keterangan berhubung tulisannya pada 20 September bertajuk "Kenapa lawatan rasmi Zahid ke Indonesia sama tarikh dengan majlis sanding anaknya di Jakarta?".

Shahbudin berkata beliau disiasat oleh SKMM bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588) dan ia kali pertama dipanggil berbuat demikian.

[Baca berita asal]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS