Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Dewan Harian PAS akan berbincang mengenai penubuhan pakatan baru pembangkang yang dianggotai PKR, DAP dan Parti Amanah Negara (AMANAH) dalam mesyuaratnya petang ini.

"PAS akan berbincang mengenai perkembangan terbaru itu petang ini dalam mesyuarat Dewan Harian di Kota Bharu," kata Naib Presiden Datuk Iskandar Samad kepada Malaysiakini.

Iskandar, yang sedang dalam perjalanan ke Kota Bharu, bagaimanapun berkata beliau tidak dapat mengulas lanjut mengenai perkara tersebut sehingga selesai mesyuarat di kalangan kepimpinan tertinggi PAS itu.

Hari ini persidangan meja bulat melibatkan ketiga-tiga parti itu secara rasmi bersetuju menubuhkan Pakatan Harapan - tanpa dianggotai PAS yang sebelum ini menolak jemputan untuk menghadirinya.

Bagaimanapun gabungan baru politik pembangkang itu tetap terbuka untuk menerima parti lain yang boleh memberikan kerjasama.

Sebelum ini PAS menegaskan mereka mengekal kerjasama politik dengan PKR tetapi tidak dengan DAP dan AMANAH - parti yang baru ditubuhkan oleh bekas pemimpin PAS yang tewas dalam pemilihan parti Jun lalu.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS