Satu persidangan meja bulat antara parti pembangkang akan diadakan Selasa depan untuk membincangkan mengenai pembentukan sebuah pakatan pembangkang yang baru.
Ketua Pembangkang Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail berkata beliau mengambil inisiatif itu susulan pelbagai kemelut yang berlaku akibat ketempangan kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Dalam kenyataanya hari, presiden PKR itu berkata perbincangan berhubung pembentukkan pakatan pembangkang itu perlu dilakukan memandangkan rakyat meletakkan harapan yang tinggi kepada mereka.
"Saya memanggil persidangan meja bulat ini untuk membincangkan perkara-perkara penting yang perlu dipersetujui bersama ke arah pembentukan sebuah pakatan pembangkang baru dengan mengambil kira pandangan semua pihak yang selama ini bersama-sama berjuang untuk melahirkan sebuah Malaysia yang adil, inklusif, harmoni dan berdaya saing," katanya.
Antara tokoh yang dijemput menghadiri persidangan itu Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadui Awang, Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang, Pengerusi Parti Amanah Rakyat (AMANAH) Mohamad serta beberapa NGO.
Tokoh politik seperti bekas timbalan menteri pengajian tinggi Datuk Saifuddin Abdullah dan Tan Sri Simon Sipaun juga dijemput, kata Wan Azizah lagi.
"Saya yakin semua pihak akan mengenepikan perbezaan demi melahirkan sebuah pakatan pembangkang baru yang berkesan untuk membela rakyat dan menumpaskan Umno dan BN," kata ahli parlimen Permatang Pauh itu lagi.
Persidangan meja bulat akan diadakan pada 22 September di Hotel Empire, Subang Jaya bermula jam 10 pagi.