Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Bekas IGP: Najib beritahu saya, buat kerja kamu
Diterbitkan:  Sep 14, 2015 5:30 PM
Dikemaskini: 9:32 AM

Bekas ketua polis negara Tan Sri Musa Hassan sekali lagi menegaskan bahawa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tidak mempunyai kaitan dengan kes pembunuhan Altantuya Shaariibuu.

Musa berkata beliau memberitahu perdana menteri sebelum ini Tun Abdullah Ahmad Badawi tentang hasrat polis menahan Abdul Razak Baginda, yang dikatakan rapat dengan Najib, susulan kes itu.

“Pak Lah (Abdullah) beritahu saya untuk beritahu Najib (ketika itu timbalan perdana menteri) dan saya beritahu dia tidak perlu buat begitu.

Bagaimanapun, setelah ditegaskan Abdullah, Musa bertemu Najib dan memberitahunya perkara itu.

Musa berkata, ketika diberitahu perkara itu, Najib menjawab “Buat kerja kamu”.

Razak Baginda pada mulanya dituduh bersubahat membunuh warganegara Mongolia itu pada 2006 tetapi dibebaskan kemudiannya.

Dua bekas anggota elit polis Sirul Azhar Umar and Azilah Hadri disabitkan bersalah dan dijatuhi hukuman mati.

Sementara itu, Musa berkata beliau tampil menjelaskan perkara itu susulan “dakwaan tidak berasas” dalam isu itu.

Beliau merujuk dokumentari kontroversi Al Jazeera bertajuk “Pembunuhan di Malaysia”.

[Baca berita asal]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS