Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Polis menerima 27 laporan mengenai perhimpunan BERSIH 4 sehingga jam 10.45 malam ini dan membuka lima kertas siasatan.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Tajudin Md Isa berkata 14 daripada laporan itu dibuat Jumaat dan selebihnya Sabtu.

Beliau berkata seorang lelaki berusia 21 tahun ditahan di Dataran Merdeka hari ini kerana berkelakuan lucah dan gagal menunjukkan kad pengenalan.

Hampir tengah malam, bilangan mereka yang berhimpun semakin ramai di Dataran Merdeka ketika mereka mendengar ucapan dan menyanyi sambil menari.

Bagaimanapun, Tajudin berkata keadaan masih terkawal dan polis berada dalam keadaan siap sedia bagi menghadapi sebarang kemungkinan.

Perhimpunan BERSIH selama dua hari yang diisytiharkan haram oleh polis dianjurkan oleh kumpulan reformasi pilihan raya BERSIH 2.0 yang antara lain menuntut pilihyan raya yang bersih dan adil serta sebuah kerajaan yang bersih.

Di Kuching dan Kota Kinabalu, penganjur menghentikan perhimpunan masing-masing pada tengah malam semalam dan tengah hari tadi.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS