Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Zam: BERSIH 4 satukan orang Melayu 'yang naik bimbang'
Diterbitkan:  Aug 29, 2015 11:59 PM
Dikemaskini: 5:54 PM

Bekas Menteri Penerangan Tan Sri Zainuddin Maidin percaya bahawa kekurangan penyertaan orang Melayu dalam perhimpunan BERSIH 4 akan membawa kepada penyatuan orang Melayu 'yang naik bimbang'.

"Hebat semangat orang Cina sertai Bersih 4 nak jatuhkan kerajaan Melayu.

"Itulah dirasa di luar bandar (di kalangan orang Melayu)," tulisnya di twitter.

Bekas ketua pengarang Utusan Malaysia itu menyentuh tentang ketiadaan faktor PAS dalam BERSIH 4, berbanding perhimpunan pada masa lalu.

"Dulu ada muka PAS, kali ini hanya Mat Sapu," katanya merujuk kepada pemimpin Gerakan Harapan Baru Mohamad Sabu, yang dikenali sebagai Mat Sabu.

Mohamad Sabu adalah bekas timbalan presiden PAS yang merupakan antara pemimpin kumpulan progresif yang tewas dalam pemilihan ketika muktamar PAS baru-baru ini.

Zainuddin berkata walaupun sentimen anti-Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak adalah kuat tetapi komposisi kaum peserta BERSIH 4 akan memberi kesan yang negatif.

"Wajah 'Bersih Cina' yang tenggelamkan Melayu tak untungkan DAP, sebaliknya satukan Melayu yang naik bimbang," tambah wartawan veteran itu.

Bagaimanapun, Mohamad Sabu dan yang lain-lainnya menegaskan bahawa perhimpunan itu melibatkan rakyat Malaysia, dan tidak seharusnya dianalisis dari perspektif perkauman.

[Baca berita penuh/asal]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS