Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Menteri cadang 'Low Yat 2' untuk Melayu
Diterbitkan:  Aug 11, 2015 9:15 PM
Dikemaskini: 1:19 PM

Menteri Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan cadangan menubuhkan pusat jualan barangan elektronik Low Yat 2 khusus bagi peniaga Melayu.

Premis itu, seperti Plaza Low Yat di Bukit Bintang, dicadangkan dibuka di Bangunan MARA, Jalan Raja Laut, di ibu negara, lapor Astro Awani.

"Kita akan bangunkan tingkat tersebut secepat mungkin dan kita beri ruang kepada peniaga Melayu khususnya.

"Kita akan jadikan ia sebagai 'Low Yat 2' dan kita akan kumpulkan sekali seberapa banyak mungkin pembekal besar di bangunan ini," beliau dipetik sebagai berkata.

Menteri Umno itu dilapor berkata demikian ketika ditemui selepas menghadiri Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri MARA di ibu negara hari ini.

Pengumuman Low Yat 2 itu dibuat selepas Ismail melakukan lawatan ringkas di bangunan MARA sempena majlis itu.

"Kita sedar dengan kewujudan tempat-tempat lain yang turut menyediakan perkhidmatan sama, seperti di Bukit Bintang dan bangunan Pertama Kompleks yang bersebelahan bangunan MARA, namun kita percaya orang ramai selepas ini akan memiliki lebih banyak pilihan sekiranya melakukan urusniaga terus bersama pembekal.

"Kita sasarkan golongan peniaga seratus peratus dari kalangan Melayu. Belum ada lagi pembekal dari kalangan Melayu, oleh kerana itu kita beri kelonggaran," katanya lagi seperti lapor portal itu.

Terdapat kempen pemulauan Low Yat diusahakan sebelum ini selepas berlaku insiden pergaduhan yang digembar-gembur di kononnya pergaduhan kaum di Internet.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS