Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Dr M perguna bapa, kata anak bekas Agong
Diterbitkan:  Jun 16, 2015 11:17 AM
Dikemaskini: 3:24 AM

Tun Dr Mahathir Mohamad didakwa mempergunakan sultan Johor sebelum ini Sultan Iskandar Sultan Ismail untuk menyingkirkan Tun Salleh Abbas sebagai ketua hakim negara pada 1988.

Anak sultan itu yang juga Tunku Bendahara negeri Tunku Abdul Majid Idris Iskandar berkata demikian di Facebook beliau.

“Mahathir gunakan bapa saya untuk singkirkan Salleh, titik. Salleh orang baik dan bapa saya iktirafnya.

“Baginda (Sultan Iskandar) sudah berbaik-baik dengan Tun Salleh.

"Mahathir, tolong jangan salahkan pihak yang tidak dapat pertahankan dirinya lagi,” kata Tunku Majid.

Mahathir pada 13 Jun lalu mendakwa beliau terpaksa mengambil tanggungjawab atas pemecatan itu walaupun Sultan Iskandar, Yang di-Pertuan Agong ketika itu, yang mahu Salleh disingkirkan.

Mahathir, pemecatan itu berpunca daripada tindakan Salleh menulis surat kepada semua sultan mengenai Agong ketika itu yang didakwa "terlalu bising dan mengganggu rumahnya".

Mahathir membuat dakwaan terhadap Sultan Iskandar selepas berdepan soalan mendakwa beliau melemahkan badan kehakiman negara, dalam sebuah acara di Kuala Lumpur.

Pemecatan Salleh pada 1988 dilihat meluas sebagai serangan balas Mahathir selepas mahkamah memutuskan pengharaman Umno sebagai parti politik ketika itu.

[Baca berita asal]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS