Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Marilah, TMJ beri isyarat
Diterbitkan:  Jun 13, 2015 8:00 PM
Dikemaskini: Jun 14, 2015 3:08 AM

Mungkin kata-kata tidak diperlukan untuk Tengku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim untuk beliau menyampaikan mesejnya.

Dalam klip video dimuat naik pada akaun Facebook Johor Southern Tigers petang tadi, anak Sultan Johor itu kelihatan sedang berehat di atas kerusi apabila kamera datang menghampirinya.

Ketika kamera berada di kiri Tunku Ismail, beliau menoleh dan mengangkat tangan kirinya sebelum membuat isyarat "marilah" sambil bersandar di kerusi.

Klip sepanjang 17 saat itu juga bermula dan berakhir dengan bunyi ngauman harimau.

Hanya beberapa jam selepas ditegur Datuk Seri Nazri Aziz, Tengku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim muncul dalam klip pendek sambil membuat aksi mencabar.

 

DYAM Brigadier Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor-------------HRH Brigadier General Tunku Ismail Ibni Sultan IbrahimHidup Johor Demi Johor#JohorMestiSentiasaMenjadiJohor

Posted by JOHOR Southern Tigers on Saturday, 13 June 2015

Klip video sepanjang 17 saat itu bermula dan berakhir dengan bunyi ngauman harimau.

Tunku Ismail adalah Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Johor

Walaupun klip video berkenaan tidak disertakan tajuk atau kapsyen, ia dimuat naik hanya selepas beberapa jam Nazri yang juga Menteri Kebudayaan dan Pelancongan memberi amaran supaya Tunku Ismail tidak mencampuri politik.

Kata Nazri ( gambar ) tindakan Tunku Ismail boleh menyebabkan rakyat hilang rasa hormat kepada beliau jika kerajaan memberi reaksi kepada komennya.

Pos berkenaan juga pantas mendapat reaksi daripada pengguna Facebook.

Dapat reaksi segera

Sehingga jam 8.15 malam ini lebih 2,000 orang menekan butang Like dan sekurang-kurangnya 541 akaun lain berkongsi pautan berkenaan.

Pos berkenaan juga mengundang banyak komen. Pemilik akaun Facebook Nasrulhadi Noh misalnya menulis: " Setengah Menteri sekarang dah tiada rasa hormat dgn Kerabat di Raja. Mintak Tunku halau jek menteri mcm ni dari masuk ke Johor dengan Ahmad Maslan sekali."

Syahriman Paparock pula menulis: "Nazri jp lg mkn kayu hoki koottt".

Bagi Hakeem Neils, video itu mendorongnya menulis: "ape lagi..dah panggil tu..jgn x dtg pulak mcm sorang lagi tu...xD"

Ashhabu Rayati Suud: "Senyum lebar tgok video ni, kerajaan nk belasah kerabat johor, ingt kami anak johor batang pisang."

Sementara itu Nazri enggen memberi komen mengenai video berkenaan kerana "cabaran" dibuat Tunku Ismail tidak jelas ditujukan kepada sesiapa.

Bukan mengkritik

"Jika TMJ nak kata sesuatu beliau perlu keluarkan kenyataan," katanya kepada Malaysiakini .

Nazri berkata, kenyataan dibuatnya sebelum ini dilakukan bagi mempertahankan institusi diraja di Malaysia.

"Mari bercakap tentang individu dan institusi. Saya di sini bukannya untuk mengkritik institusi raja Melayu kerana ia adalah sebahagian daripada budaya saya.

"Pandangan saya juga tidak mewakili sesiapa dalam Umno. Pandangan beliau (TMJ) juga tidak mewakili keluarga diraja di Malaysia.

"Saya tidak mengkritik beliau. Saya cuma tertarik dengan pendapatnya.

"Beliau mesti ingat kedudukannya masih di bawah undang-undang," katanya.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS