Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Datuk Siti Nurhaliza adalah antara ribuan orang yang dilihat mengikuti penuh minat setiap perkembangan yang berlaku di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pada pagi tadi.

Melihat kepada akaun Twitter beliau, @CTNurhaliza11, penyanyi berasal dari Pahang itu mula mengulang tweet acara Nothing To Hide itu melalui akaun @Suara_generasi.

Mulai jam 9 pagi, Siti kemudian mengulang tweet pelbagai perkembangan mengenai acara berkenaan, termasuk dari Malaysiakini .

Satu daripada tweet yang diulang Siti ialah milik @nizambakeri yang menyatakan: "Arul Kanda tak datang. Najib tak datang. 1MDB semua perangai sama."

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dijadual menghadiri sesi dialog mengenai kemelut yang melanda syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB) di PWTC.

Majlis itu menjadi lebih menarik apabila Tun Dr Mahathir Mohamad yang sejak akhir-akhir ini lantang mengkritik Najib ekoran masalah dihadapi 1MDB kemudian muncul bersama beberapa tokoh terkenal, termasuk bekas Menteri Besar Terangganu, Datuk Seri Ahmad Said.

Bagaimanapun Najib tidak menghadiri majlis berkenaan atas nasihat polis, manakala Dr Mahathir terpaksa diiringi anggota keselamatan selepas hanya beberapa minit berucap kepada hadirin.

Sebelum ini Siti menyatakan secara terbuka sokongannya kepada Dr Mahathir.

Kira-kira jam 11 pagi, Siti kemudian meminta maaf kepada peminatnya kerana 'dijangkiti demam' Nothing To Hide.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS