Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
CEO 1MDB nafi kemuka penyata palsu pada BNM
Diterbitkan:  May 28, 2015 12:43 PM
Dikemaskini: 7:36 AM

Ketua Pegawai Eksekutif 1Malaysia Development Bhd (1MDB) Arul Kanda Kandasamy hari ini menafikan dakwaan beliau mengemukakan penyata bank palsu kepada Bank Negara Malaysia.

    

"Kami kesal atas Sarawak Report, blog dalam talian, yang terus melaporkan maklumat palsu dan dakwaan tidak benar ke atas 1MDB.

    

Dalam laporan terkini, blog berkenaan melaporkan bahawa Arul Kandasamy telah mengemukakan penyata bank palsu kepada Bank Negara bagi menunjukkan bahawa 1MDB mempunyai tunai dalam akaun BSI di Singapura.

    

"Ini suatu penipuan. Saya tidak pernah mengemukakan penyata seperti itu kepada BNM.

    

"Untuk berkata sebaliknya adalah sesuatu penipuan dan tidak betul, memandangkan ada dakwaan yang berasaskan ke atas perkara ini, katanya menerusi satu kenyataan di ibu negara.

    

Beliau juga berkata IMDB memberikan kerjasama penuh ke atas siasatan pejabat Ketua Audit Negara dan akan memberi keterangan kepada Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara.

    

"Siasatan ini yang telus dan tidak berpihak sepatutnya menjawab pelbagai persoalan yang ditanya mengenai syarikat itu.

    

"Oleh itu kami meminta semua pihak menunggu hasil siasatan ini dan menghalang diri daripada membuat dakwaan tidak bertanggungjawab dan tidak berasas buat sementara ini," katanya.

    

-Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS