EKSKLUSIF Adakah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang mempengerusikan Lembaga Penasihat 1Malaysia Development Bhd (1MDB) mempunyai kawalan penuh ke atas dana pelaburan milik kerajaan itu?
Jika itu keadaannya, bermakna banyak perjanjian kontroversi 1MDB yang kini diperkatakan ramai mungkin dijalankan dengan keizinan perdana menteri.
Apa yang jelas ialah, Najib berkuasa penuh ke atas agensi berkenaan ketika ia masih dikenali sebagai Lembaga Pelaburan Terengganu (TIA).
Berdasarkan Memorandum dan Tata Urusan Syarikat (M&A) bertarikh 2 September 2009, kelulusan bertulis perdana menteri diperlukan untuk sebarang komitmen kewangan TIA, termasuk pelaburan, penstrukturan semula atau sebarang keputusan berkaitan dasar kerajaan Pusat.
Ia juga diperlukan jika keputusan dibuat berkaitan kepentingan negara dan keselamatan.
Peruntukan 117 dalam memorandum itu juga menyatakan, kelulusan bertulis perdana menteri dipelrukan untuk meminda sebarang butiran dalam M&A serta pelantikan pengarah syarikat dan ahli pengurusan kanan.
Malaysiakini dapat melihat salinan dokumen M&A itu.