Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Mulia Group: Djoko tak terlibat dalam perjanjian 1MDB

KINIBIZ Perjanjian urusniaga antara syarikat pemaju Indonesia - Mulia Group - dengan 1MDB, dikendalikan sepenuhnya oleh presiden-pengarahnya Eka Tjandranegara, kata syarikat itu kepada KINIBIZ dalam respons terhadap laporan mengenai hubungan syarikat itu dengan seorang buruan Polis Antarabangsa (Interpol).

Semalam KINIBIZ melaporkan kaitan antara Mulia Group dan Djoko Tjandra, seorang buruan yang disenaraikan di laman web Interpol, yang sebelum ini dinamakan sebagai pemilik Kumpulan Mulia.

Djoko adalah adik Eka dan telah disabitkan atas tuduhan rasuah pada tahun 2009. Dia melarikan diri dari Indonesia sehari sebelum hukuman dijatuhkan.

Dalam satu kenyataan Mulia Group melalui emel lewat hari ini, ia menjelaskan bahawa Djoko tidak lagi memegang sebarang jawatan pengarah atau memegang saham dalam kumpulan itu

"Oleh kerana Tjandra telah tidak lagi berkhidmat dengan Mulia Group, maka kami tidak tahu tentang aktiviti peribadinya."

Dalam satu lagi kenyataan ringkas melalui emel lewat semalam, syarikat pemaju itu berkata, perjanjian jual beli (SPA) untuk membeli sebidang tanah di projek Tun Razak Exchange (TRX) milik 1MDB bernilai RM665 juta, dikendalikan oleh Eka (foto).

Katanya, keseluruhan transaksi dikendalikan oleh Eka bersama dengan eksekutif Mulia Group, dan yang menurutnya, komited secara peribadi terhadap projek tersebut dengan pengalaman luas kumpulan tersebut.

[Baca berita penuh di KINIBIZ]

 
 


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS