Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Pengamal media hari ini memakai pakaian hitam sebagai tanda setiakawan dengan wartawan The Malaysian Insider (TMI) yang ditangkap polis susulan laporan berkaitan Majlis Raja-raja dan hudud.

Kedua-dua wartawan media arus perdana dan portal atas talian yang membuat liputan sidang Parlimen hari ini terlibat dalam protes itu.

Sebahagian mereka turut memakai reben kuning sebagai lambang kebebasan media.

Kakitangan Malaysiakini ( kanan ) dan The Star juga berbuat demikian pada hari ini.

Protes itu diteruskan setelah sekumpulan wartawan berkumpul di ibu pejabat polis daerah (IPD) Dang Wangi di Kuala Lumpur, tempat pengamal media TMI ditahan, semalam dan kelmarin.

Tiga pengarang kanan ditahan termasuk Lionel Morais, Amin Iskandardan Zulkifli Sulong dibebas semalam.

Eksekutif kanan TMI Jahabar Sadiq dan The Edge Ho Kay Tat dibebas hari ini.

'Sama bersetiakawan'

TMI sebelum ini melaporkan bahawa Majlis Raja-raja Melayu menolak hudud.

Perkara itu dinafikan oleh penyimpan mohor besar raja-raja Melayu.

Mereka disiasat bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1988 dan Seksyen 4 Akta Hasutan 1948.

Penangkapan itu diselar pelbagai kumpulan dan aktivis media di negara ini.

Cadangan berbaju hitam itu disuarakan oleh pengarang The Sun R Nadeswaran melalui Twitter semalam.

“Gesaan kepada orang media: Pakai hitam esok untuk tunjuk sokongan pada saudara-saudara kita. Ayuh nyatakan pendirian.

"Sama bersetiakawan. Kita tidak akan berjaya ditakut-takutkan,” tulisnya.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS