Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Kes Kita Lawan: Tian Chua pula ditahan
Diterbitkan:  Mar 20, 2015 12:36 AM
Dikemaskini: Mar 20, 2015 6:52 AM

MP Batu Tian Chua ditahan polis di ibu pejabat polis daerah Dang Wangi pada kira-kira jam 11.53 pagi ini.

Naib Presiden PKR itu hadir ke ibu pejabat polis tersebut untuk merakam percakapan berhubung perhimpunan Kita Lawan.'

"Ini membuatkan Tian Chua orang ke-11 ditahan berkait perhimpunan tersebut," kenyataan komunikasi PKR dipetik.

Sebelum itu, polis menyerahkan waran tangkap kepada Tian di rumahnya di Kuala Lumpur kira-kira tengah malam tadi berhubung perhimpunan Kita Lawan pada 7 Mac.

 

Bagaimanapun, peguamnya Sivarasa Rasiah meyakinkan pihak polis bahawa ahli Parlimen Batu akan pergi ke ibu pejabat daerah Dang Wangi untuk memberi keterangan pagi esok .
 
"Kenapa datang di tengah-tengah malam? Beliau bukan perompak atau peragut," kata Sivarasa, yang juga ahli Parlimen Subang ketika dihubungi.
 
Malah, kata Sivarasa, Chua sebelum ini telah membuat temu janji dengan pegawai penyiasat untuk memberi keterangan kepada polis pada hari Ahad.

"Saya sangat penat dan baru bersiap untuk tidur, kemudian saya sedar mereka berada di luar," kata Tian Chua.

"Mereka menunjukkan kepada saya waran tangkap dan akan membawa saya ke (ibu pejabat polis daerah) Dang Wangi,” katanya kepada Malaysiakini .

Terdahulu, para anggota polis tersebut berlegar di sekitar kawasan rumahnya selama 15 minit, kata MP Batu itu lagi.

[Baca berita asal]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS