Naib presiden dan setiausaha agung PKR Rafizi Ramli mengesahkan terdapat tawaran kerusi timbalan perdana menteri dibuat terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas pilihan raya umum lalu.
Rafizi berkata pakej itu termasuk empat jawatan menteri kepada pemimpin Pakatan Rakyat.
Beliau bagaimanapun berkata ia bukan “tawaran asli” kerana hanya bertujuan menguji sama ada Anwar, ketua umum PKR, akan menerimanya.
Rafizi berkata jika tawaran itu diterima sudah tentu Pakatan akan berpecah.
Naib Presiden PKR Nurul Izzah dalam ceramah di Pulau Pinang pada Sabtu mendakwa Anwar, yang juga bapanya, ditawarkan jawatan itu oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Pemimpin Umno bagaimanapun menafikannya.