Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
TPM: Keputusan kekal Akta Hasutan muktamad
Diterbitkan:  Dec 6, 2014 5:21 PM
Dikemaskini: 9:23 AM

Malaysia berhak membuat sebarang keputusan demi kepentingan keselamatan dan keamanan negara termasuk mengekalkan undang-undang sedia ada seperti Akta Hasutan 1948, tegas Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Timbalan Perdana Menteri berkata keputusan mengekalkan akta itu adalah muktamad dan tidak perlu dikaji semula memandangkan ia telah dibincang dengan teliti serta mendapat pandangan semua pihak.

"Pihak luar tidak perlu campur tangan dalam hal ini," katanya selepas merasmikan perhimpunan agung tri-tahunan Parti Progresif Demokratik Rakyat Sarawak (SPDP) di Bintulu.

Malaysia, tegas beliau, tidak pernah campur tangan isu dalaman negara luar dan mahu negara luar menghormati pendirian Malaysia sekarang.

Muhyiddin mengulas kritikan daripada pelbagai pihak antaranya Naib Presiden Amerika Syarikat Joe Biden dan Duta Besar Amerika Syarikat di Malaysia Joseph Kahn yang mengkritik keputusan kerajaan itu.

Pada 27 Nov lepas, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan dengan mengambil kira pandangan rakyat, Akta Hasutan 1948 dikekalkan dengan cadangan pindaan memasukkan dua peruntukan khas bagi mengukuhkan lagi akta itu.

Katanya kedua-dua peruntukan khas itu bertujuan melindungi kesucian agama Islam dan agama lain serta mendakwa mereka yang menghasut agar Sabah dan Sarawak keluar daripada Malaysia.

"Akta Hasutan akan terus dikekalkan. Malah akan dipertahan, diperkuat dan diperkukuhkan," tegas Najib.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS