Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

GALERI FOTO

Pokok cendana termasuk kategori sukar dibiakkan.

Dan ia menjadi bahan asas untuk membina sebuah tokong di Pulau Pinang sempena memperingati dewi Kuan Yin dalam budaya masyarakat Cina.

Kayu berbau wangi itu dipilih sebagai perlambangan sifat Kuan Yin yang dipercayai masyarakat Tionghua sebagai dewi belas ihsan.

Tokong itu terletak di Jalan Kapitan Keling, Goegte Town, Pulau Pinang.

Mereka yang pertama kali berkunjung ke tokong ini akan disapa oleh ukiran dua ekor naga yang melingkari tiang pintu masuknya.

Terdapat tiga tempat pemujaan dalamnya dan salah satunya mempunyai arca Dewi Kuan Yin yang diperbuat daripada batu marmar.

Bagi pengunjung yang meneliti secara teliti, mereka akan mendapati silingnya diperbuat daripada batu jed hijau.

Terdapat ruang terbuka tanpa atap di tengah-tengah tokong, di situ juga terdapat kerusi untuk mereka yang ingin berehat selepas melakukan pemujaan.

Ruang ini juga merupakan laluan keluar asap selepas mereka melakukan pemujaan.

Sedikit sorotan sejarah, tokong ini dibina pada tahun 1800 dan ia sudah berdiri selama 220 tahun.

Ketika Pesta Hantu Lapar, persembahan Opera Cina akan dimainkan untuk menghiburkan pengunjung di belakang tokong ini.

Tokong ini juga tersenarai sebagai salah satu Tapak Warisan Dunia UNESCO kerana tinggalan sejarahnya sudah menjangkau dua abad.

Tokong ini juga merupakan tokong pertama yang dibina di Georgtown oleh penduduk berbangsa Tionghua.

 

 

 


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS