Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Pengarah veteran Jamil Sulong meninggal dunia
Diterbitkan:  Sep 26, 2014 9:30 AM
Dikemaskini: 7:42 AM

Pengarah filem veteran Datuk Jamil Sulong meninggal dunia di rumah anaknya, Anwardi, di Bukit Utama Damansara di ibunegara kira-kira 9.30 malam tadi.

    

Allahyarham berusia 88 tahun.

    

Anwardi, 55, berkata bapanya meninggal dunia akibat serangan angin ahmar setelah hampir sebulan dimasukkan ke Pusat Perubatan Universiti Malaya.

    

Jenazah Allahyarham akan dimandikan di Masjid Al-Ghufran, Taman Tun Dr Ismail dan akan disembahyangkan selepas solat Jumaat sebelum dikebumi di Tanah Perkuburan Islam Janda Baik, Bentong, Pahang.

    

Allahyarham telah mengarahkan 26 filem, antaranya, Batu Belah Batu Bertangkup, Raja Laksamana Bentan, Si Tanggang, Lela Manja, Bidasari dan Raja Bersiong.

    

Beliau turut menulis lirik beberapa lagu nyanyian Seniman Agung Allahyarham Tan Sri P Ramlee dan biduanita negara Saloma seperti Engkau Laksana Bulan, Merak Kayangan serta Tiru Macam Saya.

    

Allahyarham meninggalkan seorang isteri Datuk Rosnani Ludin, 78, atau lebih dikenali sebagai Rosnani Jamil serta empat anak iaitu Murniaty, 59, Arjunaidi, 56, Anwardi dan Asnadi, 48.

    

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS