Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom menjelaskan larangan penjualan makanan sebelum jam 3 petang pada Ramadan dikeluarkan terhadap semua negeri di Malaysia.

Menjelaskan kewajaran tindakan itu, Jamil berkata, ia supaya “kita tidak menyumbang kepada orang (Islam) yang tidak berpuasa”.

Jamil berkata demikian kepada pemberita di Putrajaya hari ini.

Exco Kedah Badrol Hisham Hashim pada 6 Julai dilaporkan berkata, premis makanan negeri itu yang beroperasi sebelum 3 petang dalam bulan Ramadan bakal ditarik balik lesen perniagaan atau disita.

Jamil pada hari sama dilapor mengingatkan larangan itu dan menggesa jabatan agama seluruh negara patut memantaunya.

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS