Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Empat belas lelaki yang menyerbu masuk dalam dewan undangan negeri (DUN) Pulau Pinang akan didakwa di mahkamah majistret esok.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, ACP Mior Faridalatrash Wahid berkata 14 akan didakwa atas tuduhan menceroboh, di bawah Seksyen 448 Kanun Keseksaan.

"Ia satu kesalahan yang boleh dijamin," kata Mior Faridalatrash ketika ditemui di ibu pejabat polis daerah di Jalan Pattani hari ini.

Empat belas orang tersebut antaranya ahli Umno, menyerbu masuk ke dalam DUN untuk ADUN Seri Delima, RSN Rayer untuk mengucapkan "Umno celaka".

Sementara itu, Rayer juga akan didakwa atas tuduhan menghasut esok kerana mengucapkan kata-kata tersebut. [Baca berita penuh]

Sementara itu Bernama memetik Peguam Negara Tan Sri Gani Patail berkata bekas ketua perhubungan Umno Bayan Baru Datuk Mohd Ridzwan Bakar dan 14 lagi serta seorang yang masih bebas pula akan didakwa di Mahkamah Majistret George Town, Pulau Pinang esok bagi kesalahan menceroboh masuk DUN Pulau Pinang.

 


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS