Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Penduduk desak k'jaan S'gor selesai isu banjir lumpur
Diterbitkan:  Jun 15, 2014 10:27 AM
Dikemaskini: 2:30 AM

Kira-kira 100 penduduk dari Kampung Sungai Salak, yang terletak di daerah Gombak, berhimpun secara aman bagi mendesak kerajaan negeri Selangor mengambil tindakan segera terhadap isu banjir lumpur di kawasan tersebut sejak dua tahun lalu.

    

Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan Gombak Utara (JKKKP) Kampung Sungai Salak, Zakaria Saidimara berkata perhimpunan adalah bagi memperjuangkan soal keselamatan dan kesihatan penduduk kerana setiap kali hujan lebat pasti banjir lumpur berlaku.

    

"Hampir 100 penduduk dari 20 buah rumah akan menjadi mangsa apabila banjir lumpur memasuki kawasan rumah... ini mendatangkan kesusahan kerana mereka terpaksa membersihkan rumah setiap kali fenomena itu berlaku," katanya ketika ditemui pemberita semalam.

Sementara itu, seorang penduduk, Hasnah Mohd Nordin,46, berkata, penduduk tidak menolak pembangunan yang dijalankan namun kebajikan mereka di situ haruslah dititikberatkan dahulu.

    

"Banjir dah banyak kali, 15 minit setelah hujan, air akan memenuhi kawasan rumah, penduduk terpaksa mengambil langkah berjaga-jaga, sudah banyak tilam, perabot dan perkasasan rumah yang rosak akibat kejadian ini," katanya.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS