Selepas sebulan, pengadu terhadap sebuah forum yang didakwa anti-Kristian di Universiti Teknologi Mara (UiTM) masih tidak tahu menahu berhubung perkembangan kes, kecuali fail siasatan telah dibuka.
Pensyarah Uthaya Sankar SB (
kanan
) dan Perzeus James hari ini dipanggil sekali lagi ke balai polis bagi menjawab soalan berhubung laporan mereka terhadap seminar pada pada awal Mei lalu.
“Dengan itu, apabila kami ditanya semula soalan seperti 'mengapa kami tidak puas hati dengan seminar di UiTM pada 6 Mei 2014', kami meminta supaya jawapan kami dalam kenyataan pada 16 Mei 2014 dirujuk semula kerana jawapan kami tetap sama.
“Dalam isu seminar ini, bukan soal 'kami tidak puas hati' yang menjadi persoalan tetapi seminar yang berciri anti-Kristian itu adalah isu negara yang perlu dipandang serius,” katanya.
Dalam kenyataan hari ini, mereka berkata, tiada sebarang kemajuan berhubung kes siasatan kecuali kertas siasatan dibuka sahaja, bahkan polis didakwa tidak memaklumkan seksyen siasatan itu dibuat.
“Kami tidak dimaklumkan bawah seksyen mana siasatan ini sedang dilakukan.
“Apa yang pasti, pegawai penyiasat mengesahkan kepada peguam kami bahawa kes sedang disiasat,” kata yang dipanggil memberikan keterangan di ibu pejabat polis daerah (IPD) Shah Alam, tengah hari tadi.
Mereka pada 8 Mei lalu membuat laporan berkaitan satu program “Seminar Kalimah Allah dan Kristologi Nusantara” yang berlangsung dua hari sebelum itu.
Uthaya dan Perzues turut menggesa pihak polis bersikap adil dengan menjalankan soal siasat terhadap semua pihak yang terlibat dalam penganjuran seminar termasuk penganjur dan penceramah.
Mereka menegaskan akan terus memantau kes itu dan terus menerus mendapatkan nasihat peguam.