ADS

Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Luyang, Dr Hiew King Chew yang bertindak keluar daripada DAP September lepas, mengumumkan bahawa beliau kini menyertai MCA.

    

Bekas penasihat DAP Sabah itu berkata beliau baru sahaja menyerahkan borang keanggotaannya kepada Ketua MCA Sabah Wilson Yong dengan disaksikan presiden parti itu, Datuk Seri Liow Tiong Lai tengah hari tadi.

    

"Saya memilih MCA kerana ia merupakan parti yang mempertahan kedudukan kaum Cina dan pada masa sama turut berkhidmat kepada semua kaum," katanya

ADS

ketika dihubungi Bernama hari ini.  

    

Katanya, keputusan itu dibuat setelah dijemput oleh beberapa pemimpin MCA di Sabah untuk menyertai parti komponen Barisan Nasional (BN) itu.

ADS

    

"Selepas keluar daripada DAP dan menjadi ADUN bebas, saya dapati agak sukar untuk mengukuhkan kedudukan dan memperoleh keyakinan rakyat kerana tiada parti yang menyokong saya dari belakang," jelasnya.

Sementara itu, Liow dalam catatan di laman Twitternya berkata: "Hari ini saya menyaksikan penyertaan YB Hiew (King Chew) dalam MCA, selamat menyertai MCA dan sama-sama berjuang untuk parti dan negara."

    

Hiew mengumumkan keluar DAP dan menjadi wakil rakyat Bebas tahun lepas selepas bertelagah dengan beberapa pemimpin DAP Sabah susulan keputusannya menyokong ADUN Klias Datuk Lajim Ukin sebagai ketua pembangkang Sabah, sedangkan parti itu menyokong ADUN Tamparuli Datuk Wilfred Bumburing.

    

Ini membawa kepada kritikan terbuka rakan-rakannya dalam jawatankuasa perhubungan negeri sehinggakan mereka mahu tindakan disiplin dikenakan terhadap beliau.

    

ADS

Bagaimanapun, sebelum tindakan sedemikian diambil, Hiew melepaskan jawatan sebagai penasihat kepada DAP Sabah dan kemudian bertindak keluar parti.

    

Pada PRU ke-13, Hiew menang atas tiket DAP dengan memperoleh 11,213 undi mengalahkan calon Barisan Nasional dari MCA Shim Tshin Nyuk, dengan majoriti 8,676 undi.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS
ADS
ADS