Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Dr M sahkan dalam negeri semasa peristiwa Memali
Diterbitkan:  Apr 10, 2014 8:31 PM
Dikemaskini: Apr 11, 2014 12:34 AM

Tun Dr Mahathir Mohamad mengesahkan beliau berada dalam negeri sewaktu peristiwa Memali tetapi tidak ingat sama ada Tun Musa Hitam memintanya supaya jangan pergi ke China.

Dr Mahathir yang merupakan perdana menteri ketika itu berkata peristiwa Memali berlaku pada 19 November 1985, sehari sebelum beliau berlepas ke China.

"Saya tidak ingat yang Tun Musa datang berjumpa saya untuk saya tidak pergi ke Beijing tetapi beliau berada di lapangan terbang bersama dengan ramai orang yang ingin ucap selamat pemergian saya ke China.

"Di waktu itu pun saya tidak ingat yang Tun Musa menasihat supaya saya tidak pergi luar negeri," katanya dalam blognya hari ini.

Katanya, beliau begitu yakin yang timbalan perdana menteri dapat menangani keadaan "sehingga saya melantik beliau sebagai pemangku perdana menteri".

"Beliaulah yang menjawab YB Tuan Gooi Hock Seng (Bukit Bendera) yang telah mohon menangguh mesyuarat Dewan Rakyat pada 20 November 1985 untuk membincang “Perintah Berkurung akibat Pembunuhan di Baling Kedah” (Hansard).

"Saya kembali ke tanahair pada 28 November 1985. Semasa berada di luar Negara tidak ada apa-apa yang berlaku yang tidak boleh ditangani oleh timbalan perdana menteri yang memangku jawatan perdana menteri," tulis Dr Mahathir.

Dalam satu forum di Kota Bharu baru-baru ini, Musa berkata Dr Mahathir berada di Kuala Lumpur sewaktu peristiwa Memali dan berkata beliau telah meminta Dr Mahathir membatalkan lawatannya ke China.

Musa: Dr M ada di KL semasa peristiwa Memali

Memali: Dr M tak ingat sama ada berada di KL


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS