Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Kalimah Allah: Larangan tertakluk pada undang-undang negeri - PM

Majlis Tertinggi (MT) Umno hari ini menyatakan sokongan terhadap pendirian kerajaan dalam mempertahankan kedudukan agama Islam, termasuk kalimah Allah, kata Presiden Parti Datuk Seri Najib Tun Razak.

    

Beliau berkata MT juga mengambil maklum resolusi 10 perkara yang telah dipersetujui kerajaan pusat.

    

Bagaimanapun kata perdana menteri resolusi itu tertakluk kepada undang-undang persekutuan dan undang-undang negeri.

    

"Maknanya kalau negeri itu ada enakmen, ia tertakluk kepada enakmen negeri. Kalau negeri yang tidak mempunyai enakmen seperti Sabah dan Sarawak, maka amalan biasa boleh diteruskan dan tidak ada pihak yang harus menakutkan mana-mana pihak," katanya kepada wartawan selepas menpengerusikan mesyuarar MT Umno di Menara Dato Onn hari ini.

    

Resolusi 10 perkara telah dibuat kerajaan pada tahum 2011 yang antaranya membenarkan masyarakat Kristian di Sabah dan Sarawak terus menggunakan alkitab (bible) versi bahasa Melayu mereka.

    

Najib berkata perkara ke-9 dalam resolusi itu juga ada mengatakan secara spesifik bahawa ia tertakluk kepada undang-undang persekutuan dan enakmen

negeri.

    

Menjawab soalan titah Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah baru-baru ini mengenai penggunaan kalimah Allah adalah eksklusif untuk orang Islam, beliau berkata titah itu adalah dalam konteks negeri Kedah memandangkan Seri Paduka sebagai ketua negeri Kedah.

    

"Ucapan dibuat pada hari keputeraan (Seri Paduka) Baginda," katanya.

Sementara itu, Najib berkata mesyuarat hari ini juga telah meluluskan panduan Indeks Pencapaian Prestasi (KPI) Umno dan ia akan diedarkan kepada semua bahagian, cawangan dan perhubungan negeri.

    

Katanya KPI itu akan memastikan semua kerja dapat dilaksanakan dengan lebih aktif dan sistematik dan setiap anggota MT akan dipertanggungjawabkan untuk memantau KPI bahagian manakala ketua bahagian akan ditugaskan untuk memantau KPI cawangan.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS